Selamat Datang Ke Page Saya.. Harap Korang Enjoy..

Sabtu, 4 Ogos 2012

10 PaNtanG LeLaKI ( Perempuan x suka )



Layan lagu sahdu dulu..sambil baca yer2..




10 PaNtanG LeLaKI



Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ni dia tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.


1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa Isuruh.”
What do you mean
 kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan. 



2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalahsacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.


3. “I punya ex-girlfriend dulu….”Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about heradalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.


4. “Cuba tengok perempuan tu…”Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.


5. “I tak cukup bagus untuk you.”Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.


6. “I takde mood lah.”Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.


7. “Perangai you macam mak you lah.”Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka. 


8. “Takyahlah nak emo…”Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!


9. “I tak sukalah baju tu…”Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.


10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya.  Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan